Gambar Kemalangan Maut 2 Beranak Yang Melibatkan 16 Kenderaan

Salam takziah kepada keluarga Arwah Nurul Syazeila Iryani Binti Suhaimi, 28 dan anaknya Hanna Humaira Binti Mohd Hasnun berusia 1 tahun setengah dari Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, PP yang maut dalam nahas yang membabitkan 16 buah kenderaan di Lebuhraya PLUS berhampiran Tanjung Malim pagi tadi. 


Dua beranak itu telah disahkan meninggal dunia apabila terlibat dalam sebuah kemalangan yang membabitkan 16 buah kenderaan di Kilometer 405.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.


Insiden yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu, mangsa dikenali Nurul Syazeila Iryani Suhaimi dan anaknya, Hanna Humaira Mohd. Hasnun yang berusia setahun lima bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, kejadian berlaku apabila sebuah treler yang berada di lorong kanan terbabas ke lorong tengah sebelum merempuh lima buah kereta termasuk kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa.


“Akibat rempuhan tersebut, kereta dinaiki mangsa telah tersepit di antara dua buah treler. Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran seterusnya membuatkan dua orang mangsa meninggal dunia manakala lima lagi mengalami cedera ringan,” katanya.


Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala pemandu treler di tahan untuk siasatan lanjut dan Ujian Air Kencing,Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.


Dibawah ini adalah gambar mangsa kemalangan maut dan kenderaan yang terlibat di kawasan kemalangan.2-27-768x792 3-17 4-13 5-10 6-8 7-5 8-3


gambar kemalangan 2 beranak gambar kemalangan maut kemalangan maut dua beranak 13512094_1010992462311856_5299563172502110810_n