Gadis Pegang Perut Tapir Jawab Komen Netizen

Seorang gadis telah memuat naik gambar di laman sosial dikecam hanya kerana dia berbaring di sebelah tapir.  Tanpa menyedari, anu tapir tersebut juga jelas kelihatan.

Lalu, ramai netizen yang memberi komen negatif kerana dianggap telah melakukan aksi yang tidak sopan dan secara tidak langsung telah memburukkan imejnya.

Gadis yang dikenali sebagai Hazreen Syafiela di laman Facebook ini telah pun menjawab segala persoalan netizen tentang gambarnya bersama tapir jantan tersebut.

Katanya dia tidak berniat untuk memegang bahagian perut  yang berhampiran dengan alat sulit tetapi salah satu caranya untuk menjinakkan tapir itu adalah dengan menggosok bahagian perutnya.

Hazreen juga turut kesal dengan tuduhan yang diberikan di mana dia telah dituduh memegang alat sulit tapir walhal dia hanya memegang perut tapir yang berhampiran dengan kawasan kemaluan.