Formula E 2018 bakal tampilkan kereta lumba konsep baharu

Spark Racing Technology (SRT) bakal mempersembahkan kereta ‘SRT05e’ yang baharu bagi musim kelima mereka dalam Formula E 2018 kelak.



FormulaE FI

 


SRT telah mengumumkan bahawa mereka akan terus membekalkan kereta untuk perlumbaan Formula E bagi musim 2018/2019.


SRT05e ini dikatakan mewakili kemajuan yang besar di dalam dunia perlumbaan kereta berkuasa elektrik.


Pertambahan kuasa yang dibekalkan kepada kereta SRT50e baharu ini akan membolehkan ia mencapai jarak pemanduan dua kali ganda, sekaligus menghindarkan keperluan memasuki pit. Ia nya juga kini lebih ringan, cekap aerodinamik dan lebih berkuasa berbanding model sebelumnya. Walaubagaimanapun, bateri kereta akan menjadi lebih berat untuk menampung jarak perlumbaan yang bertambah.


Kerangka kereta ini masih lagi dalam proses pembinaan dengan kerjasama bersama Dallara.



Formula E2
fORMULA E3

 


Sumber:topgear


Gambar:topgear


Ditulis semula oleh:Nurdiana Ismadi