Fikir Sebelum Tulis- Neelofa Respon Kepada Tweet Shaarnaz Ahmad?

Tweet Sharnaaz Ahmad yang dipercayai menyindir Fattah Amin berkaitan buku terbitannya  mendapat pelbagai respon daripada netizen.



Secara tidak langsung, nama keluarga Neelofa juga turut terpalit didalam isu berkenaan apabila ada sesetengah netizen memberikan komen tentang sikap bakal menantu didalam keluarga Neelofa.



Terbaru, Neelofa turut memuat naik satu status di Twitter dimana beliau menyatakan adalah lebih baik untuk seseorang itu berfikir sebelum menulis dan meluahkan pendapat.



Rata-rata peminat yang membaca tulisan Neelofa itu mempercayai ia mungkin ditujukan buat bakal abang iparnya, Sharnaaz.



Adakah benar apa yang ditulis oleh Neelofa ditujukan buat Sharnaaz? Emm, makin hangat nampaknya isu ini.