Eshaal Nama Anak Sulung Akim Ahmad Dan Stacy Anam

Selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat lalu kira-kira jam 5.15petang, Stacy Anam dan Akim Ahmad bersetuju untuk memberikan nama anaknya Eshaal binti Afiq Hakim.


 


Gambar : Instagram Stacy Anam


 


Bayi pertama pasangan selebriti ini dilahirkan dengan berat 2.97kilogram di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Menerusi laman Instagram, Akim berkongsi sekeping gambar bertulis nama anaknya itu yang turut ditulis di dalam tulisan jawi.


 







ESHAAL BINTI AFIQ HAKIM


A post shared by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on





 


Majoriti pengikut vokalis kumpulan The Majistret ini memuji keputusan Akim dan Stacy yang memberikan nama yang mudah disebut dan pendek untuk anaknya itu.


 


Pada asalnya, Stacy sebenarnya dijadualkan bersalin pada 28 Februari, namun penyanyi Not For Sale itu selamat melahirkan bayi pertamanya pada 17 Februari 2017  pada jam 17.17 (5.17pm).


 






 


Akim turut berkongsi rasa syukur kerana semuanya dalam keadaan yang baik serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.


 


EH! ucapkan tahniah buat Akim dan Stacy yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama ini. Semoga dilimpahkan lagi dengan rezeki yang penuh berkat.


 


The post Eshaal Nama Anak Sulung Akim Ahmad Dan Stacy Anam appeared first on EH!.