Erin Malik Selamat Bersalin Kedua

Bulan Februari menyaksikan ramai artis dan selebriti tanah air yang menimang cahaya dan orang orang baru dalam keluarga mereka. Selepas Alif Satar, Feeya Iskandar dan Shahrol Shiro, pelakon cantik Erin Malik juga selamat melahirkan anak keduanya 10 Februari lalu.

Berita gembira ini dikongsikan Erin atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek, 23, di laman Instagram miliknya dengan memuatkan gambar cahaya mata keduanya itu yang diberi nama Nur Aisha binti Mohamed Farriz.

Berita gembira itu disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada para peminat da kenalan Erin yang mengikuti perkembangannya di laman tersebut.


Erin dan Mohamef Farriz mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Faliq, 1 tahun lebih.

Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas tergambar kegembiraan di wajah Erin dan suami yang kini telahpun memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan.

"Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq's little sister, Nur Aisha binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers.

Tahniah Kakigosip ucapkan buat Erin dan suami.