Eizlan Mahu Tamatkan Zaman Duda

Aktor Datuk Eizlan Yusof mengakui kini sudah bersedia untuk kembali berumah tangga selepas hampir empat tahun menduda.

Laporan Kosmo menyebut, pelakon drama Lara Aishah itu bagaimanapun tidak mendedahkan siapakan gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya.

Katanya, buat masih ini dia masih mengenali hati budi wanita tersebut yang masih dianggap sebagai kawan. Seandainya ada perkhabaran gembira selepas ini akan dikongsikan bersama peminatnya nanti.

Terdahulu, Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Vie Shanti Harun dan bercerai pada 28 September 2014. Hasil perkahwinan Eizlan dan Vie Shanti, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 2 tahun.