Dua Beradik Jadi Mangsa Kerakusan Seks Bapa, Bapa Saudara Dan Datuk Sejak 6 Tahun Lalu


Setiap hari makin banyak kes 'haruan makan anak'. Sebelum ini negara digemparkan dengan kes dimana seorang bapa telah merogol dan meliwat anak kandungnya sendiri sebanyak 600 kali! Dan yang terbaru, dua adik beradik telah menjadi mangsa kerakusan ahli keluarga yang dahagakan seks. 

Memetik laporan Malay Mail, pihak polis ada menerima satu laporan dari Hospital Serian mengenai seorang gadis yang telah mengandung dirujuk ke hosptal untuk menjalani pemeriksaan. 

Pihak polis kemudian telah menemu bual gadis tersebut dan akhirnya terbongkar perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri termasuk bapa kandung, datuk dan dua bapa saudara. 

Tambah mengejutkan lagi, dirinya telah dilakukan sejak berusia 13 tahun dan kini adiknya yang berusia 14 tahun mengalami perkara yang sama. 

Semua kejadian tersebut berlaku di dalam rumah mereka sejah 6 tahun yang lalu. 4 suspek lelaki itu bekerja sebagai petani dan tinggal serumah bersama gadis remaja tersebut. 

Kedua-dua mangsa tidak lagi bersekolah dan pihak polis telah menahan kesemua empat suspek berusia antara 57 dan 26 tahun selepas laporan polis yang dibuat. Kes disiasat dibawak Seksyen 376B kerana melakukan sumbang mahram. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share