#1
'Drogba Terengganu'-mengganas

PENYERANG sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche bertekad menjadikan anugerah Kasut Emas musim ini miliknya selepas mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Super dengan menyumbat enam gol dalam enam aksi setakat ini.

-

Pemain kelahiran Ivory Coast yang digelar 'Drogba Terengganu' itu meledak dua gol ketika membantu pasukannya membelasah Melaka United (MU), -3-0 Jumaat lalu turut menyasarkan untuk mendakap sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini.-

--

"Perjalanan untuk menggapai kedua-dua impian itu bagaimanapun masih jauh kerana liga baharu memasuki enam perlawanan, namun selepas meledak dua gol ketika bertemu MU, saya semakin bersemangat untuk memperagakan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.-

-

"Selain itu, kami juga perlu bekerja lebih keras lagi untuk mendapatkan lebih banyak mata dalam saingan liga kerana cabaran daripada pasukan lain juga hebat," kata penyerang berusia 30 tahun itu.

-

Anak bongsu daripada enam beradik itu menyertai skuad Penyu musim lalu ketika jendela perpindahan kedua bagi menggantikan penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone yang gagal mempamerkan aksi konsisten dalam saingan Liga Perdana.-

-

Musim lalu bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman itu berjaya menyumbat 13 gol bersama skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dalam 13 penampilan selain pernah dinobatkan penyerang terbaik bulanan oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), September -lalu.-

-

Mengulas mengenai kecederaan otot yang dialami ketika pertemuan dengan MU sehingga menyebabkan dia dikeluarkan pada penghujung babak kedua, Tchetche berkata dia akan melakukan pemeriksaan lanjut.-

-

"Saya gembira kerana dapat membantu pasukan mencatat kemenangan 3-0 tapi pada masa sama saya sedih kerana cedera," kata anak pensyarah kolej itu.


Norlida Ishak Shop
Comments