Doa Siti, suami di Masjid al-Aqsa

BERKUNJUNG ke bumi Palestin, penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa tidak melepaskan peluang berdoa di Mihrab Zakariya yang terletak di dalam masjid utama al-Aqsa agar dikurniakan zuriat.

Antara yang ditulis Siti Nurhaliza semalam; “Di dalam masjid utama al-Aqsa, ada terletaknya Mihrab Zakariya... Di sinilah Nabi Zakariya berdoa kepada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat .. Saya & suami juga mengambil kesempatan berdoa di sini.. Semoga dimakbulkan .. aamiin ya rabb.”

Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya berkongsi video dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006.