DJ Dave sambut hari lahir atas cruise

PENYANYI Datuk DJ Dave menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-69 semalam di atas pelayaran cruise.

Lebih manis, hari lahir kali ini disambut bersama 50 anak-anak istimewa dari beberapa buah rumah kebajikan.

Antaranya dari Jireh Community Service Society, Seri Mersing, Sabah Ceshire Home & Services dan Bukit Harapan.

DJ Dave membawa kesemua anak-anak ini belayar di atas kapal cruise (yatch) dari North Borneo Cruise.

Sememamgnya setiap kali hari lahirnya, DJ Dave akan meraikan bersama anak-anak istimewa.

Aktiviti sebegini sudah dilakukan sejak 46 tahun lalu.

"Saya bersyukur diberikan kesihatan untuk terus bekerja dan cuba membantu artis yang sangat memerlukan.

"Hanya inilah yang mampu saya lakukan pada usia sebegini. Selain itu, saya turut menyumbangkan suara untuk program-program amal," katanya.

Katanya, pada usia sekarang, beliau akan cuba untuk lebih banyak membantu dan terus memartabatkan industri hiburan tempatan.