Diskaun berganda di seluruh pustaka Steam bermula

Pusat pengumpulan permainan video paling terkenal abad ini, Steam hari ini telah memulakan jualan musim panas mereka. Boleh dikatakan, hampir semua tajuk yang terdapat di dalam pustaka permainan Steam, ditawarkan dengan diskaun sehingga 90%.


Jualan musim panas Steam ini berlangsung dari hari ini 24 Jun, sehingga jam 1 pagi (waktu Malaysia), 5 Julai 2016. Steam bukan sahaja memiliki pelbagai tajuk permainan, malah ia turut menjual video, perisian serta kad koleksi.


Antara tajuk yang ditonjolkan di muka depan laman Steam hari ini adalah francais Assassin’s Creed (diskaun 35~75%), francais Sonic The Hedgehog (diskaun 50%), francais Call of Duty (diskaun 50~67%) dan PayDay 2 (diskaun 75%).


Jualan musim panas Steam bermula - sasaran hari ini


Jika anda hanya mencari tawaran terbaik dengan harga terendah, boleh juga melawat kategori di bawah RM30, atau kategori di bawah RM15.


Antara tajuk permainan yang menarik untuk dibeli di jualan Steam ini adalah seperti:



Menarik tak pilihan tajuk permainan atas ni? Kalau belum cukup menarik, korang cek sendiri laa ribuan lagi tajuk lain yang ada kat Steam tu. Semua tengah ada promosi dan diskaun, sepanjang jualan musim panas Steam.


Jangan lupa, jualan musim panas Steam ni sampai 5 Julai 2016 sahaja. Layari lamanweb Steam untuk mula membeli-belah.


[SUMBER]

The post Diskaun berganda di seluruh pustaka Steam bermula appeared first on TheSkop.