Diserang Harimau Bintang Ketika Tidur Sebelah Ibu

NEW DELHI – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia akibat diserang harimau bintang ketika sedang tidur bersebelahan ibu bapanya.


Ravina diserang dan digigit di bahagian leher ketika sedang nyenyak tidur di rumah mangsa di Udaipur dekat sini.


Harimau bintang itu kemudiannya dikatakan mengheret mangsa menuju ke belakang rumah di mana kanak-kanak malang itu dijumpai mati.


Difahamkan, ibu bapa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, malah tidak sedar dari tidur ketika rumah mereka diceroboh haiwan pemangsa itu.


Ibnya dikatakan hanya tersedar sekitar jam 4 pagi dan mula mencari Ravina setelah menyedari kanak-kanak itu hilang daripada tempat tidurnya.


Tubuhnya dijumpai berlumuran lumpur dan kotoran di belakang rumah, selain turut menemui kesan gigitan haiwan berkenaan.



Difahamkan lagi, ini merupakan insiden kedua berlaku di daerah tersebut dalam bulan ini. – Dailymail.co.uk