Digi Teruskan Usaha Tingkatkan Keselamatan Siber Melalui Program CyberSAFE 2016

Stop Cyberbullying Day 2016 adalah satu kempen kesedaran global yang diadakan pada setiap tahun untuk membendung masalah buli siber. Memiliki hampir setengah billion pelanggan dalam pasaran Asia seperti Bangladesh, India, Malaysia, Myanmar, Pakistan, dan Thailand, Digi dan induknya, Telenor Group  ingin menyokong kempen kesedaran itu dan berhasrat untuk mendidik pengguna muda dalam menangani ancaman dunia siber melalui kempen CyberSafe mereka yang tersendiri.


160620-malaysia cyber bully statistik


Statistik dalam negara menunjukkan 37% pelajar sekolah kita pernah terlibat dalam gejala buli siber. Oleh sebab itu, Digi  ingin menggunakan pendekatan pendidikan sebagai cara yang ampuh untuk menangani kadar buli siber yang tinggi ini. Stop Cyberbullying Day yang dilancarkan oleh Cybersmile Foundation memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan mesej antibuli dengan menggunakan hashtag SCD2016.


Pada 2015, kempen itu telah menyedarkan 45 juta pengguna di seluruh rantau operasi mereka. Pada tahun ini, mereka akan berusaha keras untuk melipatgandakan angka tersebut. Hal ini kerana, penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah kita sudahpun mencecah purata 90%. Tambahan pula, seorang daripada empat dilaporkan pernah mengalami buli siber.


Philip Ling, Pengurus Program Kelestarian Digi, menyatakan bahawa Digi dan Telenor berdedikasi untuk meningkatkan tahap keselamatan Internet dan meningkatkan kerintangan para penggunanya terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan belia. “Program CyberSAFE Digi dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, Kementerian Pendidikan, dan UNICEF Malaysia sedang aktif menggerakkan usaha tersebut. Kami juga telah meningkatkan usaha kami untuk membenteras buli siber melalui satu sistem sokongan dengan bantuan Childline malaysia dan Polis Di Raja Malaysia.”


Telenor Group menyediakan satu manual digital tentang penyediaan persekitaran Internet yang selamat untuk belia. Muat turun maklumat digital itu di sini.


Untuk maklumat tinjauan yang dilaksanakan Digi CyberSAFE k eatas pelajar sekolah Malaysia, muat turun di sini.


Maklumat lanjut tentang Stop Cyberbullying Day boleh diperoleh di laman rasmi program tersebut.


160620-malaysia cyber bully banner


The post Digi Teruskan Usaha Tingkatkan Keselamatan Siber Melalui Program CyberSAFE 2016 appeared first on TheSkop.