Digi Berbangga Dilabel Penyedia 4G Terluas Negara

Digi hari ini berkongsi tentang perkembangan terkini rangkaian telekomunikasi mereka. Secara dasarnya, mereka lebih memfokuskan pada penyambungan yang lebih konsisten barbanding kelajuan dalam menyediakan pengalaman ber-Internet yang lancar kepada penggunanya.


Pada tahun berakhir 2016, Digi berjaya menyediakan perkhidmatan 4G LTE kepada lebih 85% kawasan berpenduduk di Malaysia yang meliputi 275 bandar dan pekan. Ia menjadikan Digi penyedia perkhidmatan LTE paling luas di Malaysia menurut satu kajian yang dijalan SKMM. Bukan itu saja, daripada 80% waktu penggunaan, kelajuan yang dicatatkan adalah melebihi 10 Mbps.



Pada tahun lalu, perkhidmatan Digi (2G+3G+4G) telah diperluas kepada 85% kawasan berpenduduk, satu peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun yang sebelumnya. Wilayah pantai timur dilaporkan mengalami pertumbuhan yang mendadak (36%) Digi melihat penggunaan data yang berlipat kali ganda daripada orang-orang pantai timur.


Selain itu, Malaysia Timur juga mengalami pertumbuhan yang ketara. Sarawak dan Sabah masing-masing mengalami pertumbuhan cakupan sekurang-kurangnya 23%. Untuk wilayah tengah pula, setakat ini, hanya tiga peratus kawasan masih ketiadaan perkhidmatan Digi.


Secara keseluruhannya, semua wilayah mengalami peluasan perkhidmatan sebanyak 22%.



Selain laporan tahun sebelumnya, Digi juga berkongsi tentang perancangan mereka untuk masa depan. Yang terdekat adalah mereka merancang untuk melancarkan perkhidmatan Voice over WiFi (VoWiFi) selewat-lewatnya penghujung Mac ini. Ia seperti perkhidmatan yang disediakan U Mobile.


Untuk suku ketiga (Julai-September) pula, Digi akan mengaktifkan pemancar berfrekuensi 900 MHz mereka sekitar Julai ini. Peruntukan 900 Mhz ini diterima selepas rombakan oleh MCMC tempoh hari. Frekuensi ini memberikan keupayaan menembus yang tinggi berbanding frekuensi 1,800 Mhz dan 2,600 Mhz yang mereka gunakan buat masa ini. Maka, pengguna boleh menjangkakan perkhidmatan yang lancar walau berada di dalam banggunan.



The post Digi Berbangga Dilabel Penyedia 4G Terluas Negara appeared first on TheSkop.