www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


David Wong dilantik Hakim Besar Sabah dan Sarawak

0 month ago, 12-Jul-2018





Khamis Datuk David Wong Dak Wah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baharu di Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Wong, 64, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Datuk Hew Jen Kie bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum, yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara malam tadi.

Tan Sri Ahmad Maarop, 65, turut mengangkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan hari ini, di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan paling kanan, Datuk Mohtarudin Baki.

Kedua-duanya menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, malam tadi.

Menerusi pelantikan itu, peletakan jawatan Tun Raus sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkeflo Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang sepatutnya pada 31 Julai ini, berkuat kuasa serta-merta.

SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts