Datuk Red Insaf & Tak Sabar Terima Cahaya Mata

Sebut sahaja nama Datuk Red, ramai yang dah kenal dengan dia.  Mana tidaknya, sebelum ini kecoh dengan cerita Datuk Red berkahwin dengan Adira dan kemudian dikatakan pula 'berniat' inginkan pelakon Ruhainies.

 Walau bagaimanapun, Datuk Red mengakui kesilapan lalu dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan lama dan kini fokus terhadap dua isteri dan anak-anaknya.

 Tambahan pula bakal menerima cahaya mata pertama hasil perkongsian hidupnya bersama penyanyi terkenal, Adira.



Adira yang dijangka bakal bersalin anak perempuan sekitar Mac depan, menurut suaminya mereka telah memberikan nama, Anggerik. Katanya, nama itu klasik dan senang untuk disebut.