Dato Vida nak bida plat VIP 1 dan VIP 6 untuk Bugatti Veyron anak lelakinya yang berusia 9 tahun

Vida cadang bida plat VIP 1, VIP 6 untuk Bugatti anak


Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman bercita-cita membida nombor pendaftaran eksklusif VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta ultra-mewah Bugatti Veyron buat anak lelakinya yang berumur sembilan tahun.


Vida cadang bida plat VIP 1, VIP 6 untuk Bugatti anak

Vida cadang bida plat VIP 1, VIP 6 untuk Bugatti anak


Jutawan Vida Beauty Sdn Bhd itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bidaan yang akan dibuat untuk dua nombor siri khas itu, lapor Kosmo!.


Hasmiza, juga dikenali Vida berkata, anaknya Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu, antara yang terlaju di dunia.


Berkelajuan maksimum 407 km/j dengan harga mencecah AS$3.6 juta (RM14.5 juta), hanya ada 150 buah sahaja kereta itu di dunia.


“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.


“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini uni dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya kepada akhbar itu.


Ditanya mengenai bidaan F1 pula, Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata nombor pendaftaran itu hampir pasti menjadi miliknya.


“Cukup saya katakan peluang (dapat) tinggi,” katanya.


Kerajaan Pahang semalam dilaporkan bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999.


Hasil penjualan nombor itu bertujuan untuk mengumpul dana promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 dan telah diluluskan Kementerian Pengangkutan.


 


 


Sumber: Projek MMO