Danial (Lawak Solo) Sertai ERA fm

SEJAK menjuarai program komedi, Lawak Solo, nampaknya rezeki anak jati Bayan Baru, Pulau Pinang ini semakin murah.

Masakan tidak, sejak 2 Februari lalu, Danial telah menyertai team penyampai radio ERA fm dan mengendalikan segmen #ERASolo setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Pemuda berusia 24 tahun ini juga mempunyai minat yang mendalam bidang seni dan pernah menyertai beberapa uji bakat program realiti yang dikendalikan oleh Astro.

Bukan itu sahaja, Danial juga merupakan seorang pengarah muzik video.

Ikuti segala cerita-cerita menarik mengenai penyampai ERA fm, kandungan terkini ERA fm dan macam macam lagi di laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram dan Twitter). Anda juga boleh layari www.era.fm untuk kandungan terkini yang disajikan oleh ERA fm.