Cucu Jaga Nenek Curi Perhatian Netizen

Satu video yang dikongsi di youtube telah memaparkan seorang cucu menyuap neneknya makan mendapat perhatian netizen.

Gaya dan tingkah lakunya ini sangat menyentuh perasaan kerana seawal usianya yang mungkin  3 atau 4 tahun sudah pandai menjaga neneknya yang tua itu.

Anak kecil ini perlu dijadikan contoh untuk anak-anak kita supaya diterapkan rasa kasih dan sayang serta hormat kepada orang tua.

Sedari kecil inilah sifat sebegini harus dipupuk supaya ia terus sebati dalam diri mereka sehingga mereka dewasa kelak.

Lihat video ini bagaimana kanak-kanak ini menjaga neneknya.