CSM-ACE 2016 Sasar Tingkat Daya Rintangan Syarikat Tempatan Terhadap Serangan Siber

Kurangnya daya ketahanan siber. Itulah masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di negara kita. Menurut Menteri Sains, Tekdnologi, dan Inovasi, YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau, syarikat di negara kita perlu lebih bersedia dan mampu pulih secepat mungkin daripada serangan siber dengan kesan yang minimum.


160617-banner-csmace2016


Menyedari akan kerentanan itu, Cyber Security Malaysia, pakar keselematan siber yang bernaung bawah MOSTI akan menganjurkan CSM-ACE 2016. Ia adalah satu acara anjuran bersama antara sektor awam dan swasta yang disasarkan untuk memangkin pertumbuhan industri keselamatan siber negara kita. CSM-ACE 2016 akan berlangsung di The Royal Chulan Kuala Lumpur daripada 17 hingga 20 Oktober 2016. Acara kali keenam itu akan menggunakan tema “Cyber Resilience”.


160617-csmace2016 qa


Dari kiri: Dr. Amirudin Abdul Wahab, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, YABhg Jen. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed,


Pelbagai subacara akan berlangsung sepanjang tempoha penganjuran CSM-ACE 2016. Yang pertama adalah bengkel latihan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran syarikat-syarikat di Malaysia tentang keselamatan siber. Antara program-program latihan yang akan berlangsung adalah:


1. CSM-ACE ISMS Implementation 2013 Edition

2. Ceritified Information Security Awareness Manager (CISAM)

3. CSM-ACE Network Security and Incident Response

4. SCM-ACE First Responder Guide to Digital Forensics.

5. CSM-ACE SCADA Security Assessment

6. CSM-ACE Security Software Developement Life Cycle (PHP Security Code)


Empat persidangan persidangan satelit turut diadakan oleh rakan strategik CSM-ACE seperti Fortinet dan Huawei. Antaranya adalah:


1. National ICT SecurityDiscource (NICTSED) 2016

2. CyberSOCKS 2016

3. 361 Symposium oleh Fortinet

4. Cyber Security Symposium oleh Huawei


Seperti edisi-edisi sebelumnya, satu acara penganugerahan turut diadakan untuk mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan syarikat-syarikat berkaitan keselamatan siber di Malaysia. Malaysia Cyber Security Award menyediakan sebanyak enam kategori, dua daripadanya adalah kategori baharu iaitu Cyber Security Innovation of the Year dan CyberSAFE Professional of the Year.


Terang Pengerusi Cybersecurity Malaysia, Yabhg. General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed, “Serangan siber bukanlah berkisar tentang “jika” tetapi “bila”. Kita mesti sedaya upaya menjadikan entiti-entiti di Malaysia lebih rintang terhadap serangan siber dan melindungi kepentingan kita dalam ruangan siber”.


The post CSM-ACE 2016 Sasar Tingkat Daya Rintangan Syarikat Tempatan Terhadap Serangan Siber appeared first on TheSkop.