Cipta dokumen PDF lebih mudah dengan Acrobat Reader

Pasti ramai yang bersetuju, pengguna fail PDF memudahkan perkongsian dan penghantaran dokumen secara digital. Untuk menjadikannya lebih mudah digunakan, Adobe kini melengkapkan fungsi mencipta fail PDF, terus ke dalam aplikasi mudah alihnya di telefon pintar.


Aplikasi Adobe Acrobat Reader di Android dan iOS, kini menyokong fungsi mencipta dokumen PDF. Ia semudah menangkap gambar, kemudian disimpan menjadi PDF. Bukan itu sahaja, Adobe juga menyediakan banyak fungsi di dalamnya, seperti mengubah mukasurat, edit, memotong gambar malah menambah tulisan atau tandatangan pada fail PDF tersebut.



Selain itu, simpanan bukan sahaja boleh ditetapkan di dalam storan telefon pintar sahaja, malah ke storan awan seperti Box, Dropbox, One drive, Google Drive dan banyak lagi.


Kebolehan baru di dalam Adobe Acrobat ini diperkasa oleh teknologi Adobe Sensei, sejenis kepintaran buatan yang dicipta sendiri oleh Adobe. Ia mempergunakan kebolehan pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam, membolehkannya menganalisa data besar-besaran (BDA) untuk pelbagai kegunaan.


Dapatkan lebih banyak maklumat di laman web Adobe Acrobat Reader mobile app. Muat turun aplikasi ini di Apple Appstore atau Google Playstore.




The post Cipta dokumen PDF lebih mudah dengan Acrobat Reader appeared first on TheSkop.