Cinta Sehati Sejiwa Dirai

  • Print
  • Email
Details

Published on Sunday, 19 February 2017 14:36

Foto: HMFoto: HM

JASIN: “Kami sekeluarga hidup bahagia dan mereka (ibu bapa) saling bertolak ansur. Saat paling membahagiakan mereka apabila cucu mereka yang kini 89 orang berkumpul setiap kali cuti perayaan,” demikian menurut R Malikka, 56, anak kepada pasangan S Ramakrishnan, 88, dan M Kuppu, 83.

Menurut Malikka, 70 orang dari ahli keluarganya tinggal sekitar Melaka datang bersama-sama pada Majlis Raikan Cinta yang bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 3 petang semalam, meraikan 10 pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama lebih 50 tahun dalam Program Raikan Cinta Pasangan Unggul Sehati, anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau, di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, di sini.

Kehadiran sanak saudara setiap pasangan dirai yang masing-masing berpakaian warna-warni umpama pada majlis perkahwinan, kerana mereka seronok meraikan datuk dan nenek dirai seperti raja sehari.

“Ayah dan ibu saya berkahwin pada usia muda, masing-masing ketika berumur 15 dan 13 tahun. Mereka mempunyai 13 anak dan 89 cucu,” katanya.

Sementara itu, M Kuppu berkata, dia diraikan pada majlis itu bagi mengembalikan nostalgia ketika mereka berkahwin 70 tahun dahulu.

“Saya sangat seronok melihat ramai ahli keluarga datang dan berterima kasih kepada pihak yang terbabit menganjurkan program besar ini yang turut disertai pelbagai kaum,” katanya.

Semua pasangan berusia 67 hingga 92 tahun dibawa menaiki bas elektrik dari Merlimau ke Taman Ekstrem sebelum dibawa berarak ke dewan melintasi lebih 1,000 jemputan yang hadi

- Harian Metro