Cinta luar biasa.. Isteri buktikan kesetiaan ceraikan suami lumpuh dan kahwin dengan kawan suami untuk sama-sama menjaga suami bersama ‘suami barunya’

Seorang wanita membuktikan dirinya seorang isteri yang setia apabila bercerai dengan suaminya yang lumpuh dan berkahwin dengan rakannya sebelum bersama-sama menjaga lelaki itu.


Kasih luar biasa


Kasih luar biasa

Kasih luar biasa


Kisah Xie Xiping dan bekas suaminya, Xu Xihan yang tinggal di daerah Shiquan di wilayah Shaanxi bermula apabila lelaki itu lumpuh selepas terbabit dalam satu kemalangan di lombong arang batu pada 2002.


Xu memberitahu portal berita HCW, ketika itu jirannya yakin Xie akan melarikan diri dan meninggalkannya seorang diri dalam tempoh tiga bulan.


Namun, Xie tetap setia menjaga suaminya dan dua anak mereka walaupun terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan seharian.


Kata Xu, dia kasihan dan sedih melihat isterinya yang terpaksa bekerja namun pada masa yang sama menjaga dirinya serta anak-anak.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


 


Sumber: Harian Metro