Cinta Antara Zul Ariffin Dan Gayatri Su Lin Pillai Kembali Berputik?

Khabar berakhirnya kisah cinta Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson sudah lama kita dengar bukan? Malangya, Zul mahupun Zahirah tidak mahu mengesahkan soal berkenaan dan membiarkan ia terus menjadi teka-teki.



Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Zul dikatakan sudah putus bersama Zahirah Macwilson dan kembali rapat dengan bekas kekasihnya, penerbit Gayatri Su Lin Pillai.


Untuk pengetahuan anda, Gayatri adalah penerbit bersama bagi filem J Revolusi dan dikatakan mereka berdua sering bersama di set penggambaran filem berkenaan. Malah, Zul dilihat pernah keluar bersama Gayatri dan memandu kereta milik wanita itu.



Walaubagaimanapun, jangan salah faham. Gayatri bukanlah punca hubungan Zul dan Zahirah berakhir. Mereka rapat selepas Zul sah putus cinta dengan Zahirah.


Jika berita ini benar, kami harap Zul boleh tampil menjelaskan status hubungan beliau bersama Gayatri dan mungkin boleh mengesahkan apakah benar beliau dan Zahirah sudah membawa haluan masing-masing seperti yang dikatakan.


Sumber Berita : Harian Metro