Chevrolet Complete Care kini dirasmikan di Malaysia

Selaras dengan program pengembangan untuk meningkatkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada para pelanggan, Naza Quest Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal kenderaan Chevrolet di Malaysia, telah merasmikan Chevrolet Complete Care (CCC).


Program CCC ini telah dilancarkan di Pusat 3S Chevrolet, Puchong pada 14 Febuari 2017 lalu.


complete care


Naza Quest Sdn Bhd menyatakan bahawa ia telah mengambil pendekatan secara menyeluruh untuk pengalaman pelanggan dengan CCC . Ini adalah sebagai usaha untuk memberikan pengalaman pemilikan yang memuaskan  secara konsisten dan berharga untuk setiap pelanggan.


“CCC ini adalah sebagai janji untuk menyampaikan kemudahan, nilai, kualiti dan ketelusan kepada setiap pelanggan Chevrolet. Ini juga adalah sebagai  komitmen Chevrolet untuk membina sebuah jenama yang dipercayai oleh pengguna,” kata Ketua Naza Quest Sdn Bhd, Farid Rosli.


CCC merupakan kombinasi lima elemen perkhidmatan sebelum dan selepas jualan yang dapat memberi ketenangan fikiran kepada para pelanggan baharu dan sedia ada.


Perkhidmatan ini ditawarkan secara 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.


Waranti pengeluar kenderaan komprehensif



  • Standard lima tahun atau 200,000KM (yang mana terdahulu)

  • Waranti bampar ke bampar meliputi hampir semua peralatan (tertakluk kepada syarat)

  • Waranti ini didatangkan dengan alat ganti Chevrolet yang tulen

  • Khidmat oleh juruteknik yang bertauliah


Chevy Assist atau bantuan 24/7



  • Perkhidmatan 24 jam, tujuh hari seminggu, menyediakan perkhidmatan memperbaiki kereta dengan kerosakkan kecil, bantuan menunda, kemalangan jalan raya dan lain-lain

  • Talian bebas tol Chevy Assist 1-800-2-CHEVY (24389)


Perkhidmatan lengkap Chevrolet



  • Penyelenggaraan kereta oleh juruteknik bertauliah termasuklah penggantian alat ganti yang tulen

  • Pelanggan boleh mendapatkan jadual penyelenggaraan yang dan harga untuk membolehkan mereka mengetahui kos anggaran keseluruhan bagi perkhidmatan penyelenggaraan mereka yang akan datang


Bantuan prihatin pelanggan 24/7



  • Khidmat pelanggan dalam talian yang membolehkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat tambahan sebelum dan selepas jualan

  • Pelanggan boleh membuat sebarang pertanyaan di laman web Chevrolet Malaysia menerusi “online live chat”


Chevy Link



  • Sistem operasi perkhidmatan bersepadu di mana data pelanggan diselaraskan di semua pengedar Chevrolet.



Chevrolet Complete Care