CCTV Rakam Wanita Simbah Cat Pada Pintu

RAKAMAN kamera pengawasan di sebuah pangsapuri yang terletak di Toa Payoh, Singapura telah merakam kelibat dua orang wanita bertindak ganas dengan menyimbah cat pada sebuah kediaman di situ.


Laman web Stomp dikhabarkan oleh seorang pengikutnya iaitu Edwin mengenai klip video itu setelah dia terlihat video tersebut telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Kyros Lim pada 21 Jun lalu.


Menerusi video tersebut, dua orang wanita dilihat memasang rantai pada jeriji kediaman tersebut sebelum bertindak menyimbah cat dan berlalu meninggalkan tempat itu sambil ketawa selepas ‘kerjanya’ selesai.


CCTV Rakam Wanita Simbah Cat Pada Pintu


Sejurus selepas itu, kelihatan beberapa anggota polis berusaha menanggalkan rantai yang dipasang oleh dua suspek berkenaan.


Tambah seorang individu bernama Lianhe Zaobao, insiden itu dirakam di Toa Payoh Lorong 2. Pihak polis tempatan sedang menyiasat punca kejadian tersebut. -MYNEWSHUB.CC