Cashback berganda sempena ulangtahun ke-2 ShopBack

Laman tunai kembali (Cashback) terbesar di Malaysia, ShopBack akan menyambut ulangtahun ke-2 tidak lama lagi. Sempena itu, pelbagai tawaran hebat akan disediakan ShopBack. Antara yang menarik, adalah penyertaan servis perkongsian kenderaan Uber ke dalam ShopBack.


Kini, pengguna Uber di Malaysia boleh mendapatkan tunai kembali bersama ShopBack. Caranya seperti biasa, mudah sahaja. Mula-mula buka aplikasi ShopBack, kemudian pilih ikon Uber. Ia akan mula melancarkan aplikasi Uber, dan pilih destinasi untuk tempahan perjalanan. Selepas selesai perjalanan, anda akan menerima notis tunai kembali dari ShopBack.



Selain Uber, ShopBack turut menyediakan tunai kembali untuk pelbagai perkhidmatan lain seperti pembelian tiket bas serta keretapi, melalui Easybook, CatchThatBus dan Bus Online Ticket. Malah, membeli kredit isian semula prabayar seperti Hotlink, Digi, U Mobile, Celcom dan Tune Talk juga boleh menerima tunai kembali melalui ShopBack.


ShopBack akan mengadakan acara promosi istimewa besar-besaran pada 22 Februari kelak, sempena ulangtahun ke-2 ShopBack di Malaysia. Pelbagai tawaran eksklusif, ganjaran hebat dan tunai kembali berganda menanti pengguna ShopBack pada hari tersebut.


Antara tawaran yang menanti adalah pulangan tunai menggunakan Uber berjumlah sehingga RM22, promosi beli 1 percuma 1, kod baucer eksklusif, jualan kilat RM2 dan di bawah RM22, pulangan Super Tunai sehingga 100% serta percutian percuma di Hotel First World Genting.



Semua tawaran hebat sempena ulangtahun ke-2 ShopBack ini, akan berlangsung pada 22 Februari sahaja. Tandakan kalendar dan jangan terlupa untuk membeli-belah sambil mendapatkan tunai kembali berganda pada tarikh tersebut.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web Ulangtahun ShopBack Malaysia.


The post Cashback berganda sempena ulangtahun ke-2 ShopBack appeared first on TheSkop.