“Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis”

Mengakui rasa sebak sebaik tiba di Masjidil Haram, Scha al-Yahya menjelaskan bahawa pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga tercinta sememangnya sesuatu yang sangat berharga. Malah Scha juga menjelaskan bahawa dia berasa gementar dan takut pada awalnya.


BACA: Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok


“Sebelum saya ke sana terdetik perasaan takut dan gementar kerana ini pengalaman pertama dan bimbang sekiranya melakukan kesalahan. Alhamdulillah, sepanjang di sana segala urusan ibadah kami dipermudahkan”


“Apa yang penting adalah niat setiap kali nak melakukan rukun umrah itu. Cuma perlu sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang dilarang. Apabila melihat Kaabah depan mata, saya menangis”


“Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah. Bukan apa, saya sentiasa sedar diri sebagai manusia biasa tidak ada yang sempurna. Pada masa sama tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa”


“Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ia meninggalkan makna berbeza dalam diri. Inilah satu-satunya tempat yang sentiasa memberikan ketenangan tanpa mengira waktu,” jelas Scha kepada Harian Metro.


Selain merasa pengalaman kali pertama berbuka di tanah suci Mekah, Scha juga jujurnya mahu kembali ke sana malah turut merasa sayu ketika mahu meninggalkan Mekah. (rtky/s)



6- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA
4- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA
3- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA
2- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA
1- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA
7- Scha- Bila Lihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis - ROTIKAYA