Bertopengkan agama untuk kepentingan duniawi

"Valet doa adalah satu penipuan yang bertopengkan agama untuk kepentingan duniawi."Itu pandangan Penceramah yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Datuk Dr Zahazan Mohamed mengenai perkhidmatan kiriman doa di Masjidil Haram Makkah yang tular di FB. Beliau berkata perkhidmatan itu juga sangat pelik dan luar biasa serta tidak pernah dilakukan para ulama terdahulu.