Bermarathon panggilan selama 24 jam bersama Tune Talk

Esok 22 Jun 2016, merupakan hari cuti kebangsaan berkaitan turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan. Jika anda pengguna talian Tune Talk, apa yang akan anda lakukan esok? Apa kata buat panggilan kepada semua rakan dan keluarga anda sepanjang hari.


Ini kerana Tune Talk mengadakan kempen ‘24 Hour Talk Marathon‘ khas selama 24 jam esok, 22 Jun 2016. Semua pengguna talian Tune Talk boleh bercakap tanpa henti, tanpa dikenakan sebarang caj panggilan esok.


Panggilan percuma ke semua talian di Malaysia ini, akan bermula pada jam 12 tengah malam ini, sehingga jam 12 tengah malam esok. Selain pengguna Tune Talk, pelanggan talian Tone Excel dan Tone Plus turut sama dapat menikmati keistimewaan ini.


Tune Talk Marathon banner


Hanya panggilan ke talian tempatan biasa sahaja diberikan percuma. Panggilan IDD, perayauan dan premium tidak termasuk dalam tawaran marathon 24 jam ini.


Kalau anda bukan pengguna Tune Talk, apa kata pergi dapatkan satu pek permulaan Tune Talk dari wakil pengedar Tune Talk di seluruh Malaysia. Lepas tu esok sertai marathon panggilan 24 jam Tune Talk.


Maklumat lanjut serta syarat dan terma boleh dirujuk di laman 24 Hour Marathon Tune Talk.



The post Bermarathon panggilan selama 24 jam bersama Tune Talk appeared first on TheSkop.