Bercuti ke Barcelona secara percuma bersama Uber dan Qatar Airways

Mahukah anda bercuti ke Barcelona, Sepanyol yang ditanggung sepenuhnya secara percuma? Jika ya, pastikan anda tidak terlepas untuk menggunakan perkhidmatan Uber di Kuala Lumpur esok, 12 Januari 2017.


Dengan kerjasama Qatar Airways sempena Qatar Airways Travel Festival 2017, 3 pengguna Uber bertuah akan memenangi hadiah utama berupa percutian menakjubkan ke Barcelona. Pemenang dan rakannya akan dibawa terus ke lapangan terbang dan diterbangkan ke Barcelona pada hari yang sama. Malah, penginapan di hotel serta tiket VIP untuk menonton perlawanan FC Barcelona pada 14 Februari turut akan diberi.


uber-dan-qatar-airways-bawa-pengguna-tonton-perlawanan-barcelona-fc


Pastikan anda memiliki passport yang sah dan untuk warganegara Malaysia, tidak memerlukan visa untuk memasuk Sepanyol. Tetapi ini hanyalah untuk hadiah utama. Uber dan Qatar Airways akan memilih 36 pemenang termasuk 3 hadiah utama, untuk memenangi hadiah seperti baucer tiket penerbangan, model kapal terbang Qatar Airways dan cenderahati Uber edisi terhad.


Untuk peluang memenangi salah satu hadiah yang dinyatakan tadi, apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan Uber pada 12 Januari 2017, dari jam 11 pagi sehingga 2 petang. Pastikan anda memilih UberHOLIDAY di dalam aplikasi Uber dan buat tempahan. Jika berjaya, perjalanan anda akan diiringi hadiah misteri.


Untuk makluman, pemenang hadiah utama akan berlepas ke Barcelona pada hari yang sama, 12 Januari 2017 dan pulang pada hari Ahad, 15 Januari 2017. Pemenang turut boleh membawa bersama seorang rakan.



UberHOLIDAYKL, you could stand a chance to jet off to Barcelona too! This Thursday, 3 lucky winners will win a once-in-a-lifetime holiday experience in Barcelona, inclusive of hotel stay and VIP tickets to watch FC Barcelona live, brought to you in partnership with Qatar Airways. Find more details @ t.uber.com/UberHolidayFB #MYUberHoliday


Posted by Uber on Monday, January 9, 2017



 


Jangan terlepas peluang keemasan untuk terbang ke Barcelona secara percuma esok. Jika anda belum pernah mencuba Uber, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakannya buat pertama kali.


[SUMBER: Uber Malaysia]

The post Bercuti ke Barcelona secara percuma bersama Uber dan Qatar Airways appeared first on TheSkop.