Berbahayakah Kalau Anak Lebih Suka Susu Coklat? Ini Penjelasannya Untuk Mama!







"Mama nak susu coklat!"  Memang perkara yang biasa, ibu-ibu mendengar rengekan anak yang mahukan minuman bercoklat ini. Tambahan lagi, kini banyak kios minuman di pusat-pusat membeli belah yang menjual minuman susu coklat bersama bubble atau jeli.



Mendengar susu coklat saja, sudah pasti si ibu merasakan minuman sedemikian baik dan berkhasiat si manja mereka. Namun, benar kah susu coklat ini baik untuk kesihatan anak-anak? Seperti minuman manis yang lain, susu coklat sudah pasti menjadi kesukaan anak-anak dan tidak membahayakan.  Namun, ia seharusnya dikawal dan tidak menjadi rutin dalam diet seharian anak-anak anda.



Anak-anak yang sedang dalam proses membesar, sudah tentu sangat memerlukan banyak nutrisi untuk perkembangan mereka . Susu coklat mempunyai nutrisi yang sama dengan susu biasa dan susu non flavoured. Sama ada ditambah rasa atau tidak, susu merupakan sumber protein , vitamin D, kalsium dan potasium yang sangat penting pada kesihatan dan pertumbuhan mereka.



Kelemahan susu coklat manis adalah kerana ia mengandungi tambahan gula, dan kalori lebih banyak jika dibandingkan dengan susu biasa. Bagi anak-anak yang banyak meminum susu, jika turut sama meminum susu coklat, maka gula dan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan mereka akan bertambah. Seterusnya akan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti.



Makanan dan minuman manis memang menarik dan disukai oleh anak-anak. Mungkin kerana rasanya yang lemak manis, namun di sebalik rasanya yang enak, ia membuatkan si manja anda kurang berselera kepada makanan lain. Begitu juga terhadap sayur-sayuran hijau dan air putih biasa.  Padahal anak-anak juga sangat memerlukan nutrisi daripada sumber lain yang sihat.



Kesimpulannya, susu coklat memberikan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun ia mempunyai tambahan gula yang kalori yang banyak. Oleh itu, demi kesihatan anak-anak anda, jalan terbaik adalah mengehadkan atau menghindarinya.



Berikan susu biasa pada anak anda (rendah lemak atau bebas lemak) dan sumber non-dairy kalsium untuk membantu membina tulang yang kuat dan tabiat makan yang sihat seumur hidupnya.



 




Layari laman web