Bekas penolong jurutera Maidam didakwa buat tuntutan palsu

Seorang bekas Penolong Jurutera Pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu, dua tahun lalu, lapor Wartawan Kuala Terengganu Rubiah Omar.