Beijing semakin tenggelam, setiap tahun catat 11 cm penenggelaman

Ibu negara China dikatakan semakin tenggelam dari tahun ke tahun, menurut kajian terbaharu yang dibuat menerusi teknologi pengimejan satelit.


Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, kajian tersebut mendedahkan terlalu banyak unsur eksploitasi bawah tanah berlaku di bandar raya tersebut menyebabkan Beijing tenggelam sehingga 11 sentimeter setiap tahun.


Beijing semakin tenggelam, menurut kajian


Beijing semakin tenggelam, menurut kajian

Beijing semakin tenggelam, menurut kajian


“Buat masa sekarang, kami sedang menjalankan analisis terperinci terhadap kesan penenggelaman itu ke atas infrastruktur seperti kereta api berkelajuan tinggi di Beijing.


“Mudah-mudahan kami akan melakukan penemuan pada akhir tahun ini,” kata salah seorang penyelidik ketika dihubungi agensi berita, Guardian.


Kajian mendapati bandar raya itu perlahan-lahan mendap ke dalam tanah, di mana penurunan yang paling ketara dicatatkan di daerah Chaoyang.


Difahamkan, Chaoyang telah mengalami pembangunan pesat sejak awal 1990-an.


Pada 2013, kerajaan menganggarkan kota itu mempunyai rizab untuk menampung 12 juta penduduk, bagaimanapun kini jumlah penduduk bandar kini mencatatkan angka mencecah 20 juta.


 


Sumber: Sinar Harian