Basuh, Tak Payah Sidai dengan Samsung FlexWash

Dalam dunia moden sekarang, mencuci pakaian biasanya melibatkan aktiviti membasuh dan menyidai pakaian di ampaian luar rumah sebelum menunggunya kering dalam tempoh tiga empat jam kalau cuaca panas terik.


Tapi kalau hujan, habislah terpaksa menyimpannya di bawah bumbung sehari lagi sebelum benar-benar kering.


Namun jika anda membeli mesin basuh Samsung FlexWash segala-galanya akan siap kecuali aktiviti melipat!



Samsung FlexWash mempunyai dua slot basuhan dan pengering yang membuatkan aktiviti membasuh kini semudah membaca ABC, masukkan saja pakaian dalam drum berkapasiti 21 kilogram di depan atau 3.5 kilogram di atas dan anda menerima pakaian yang kering dalam masa yang singkat.


Pengenalan teknologi terbabit juga mempunyai satu ruang khas di depan yang dinamakan AddWash bermakna jika anda lupa memasukkan sehelai dua pakaian ketika aktiviti membasuh sedang berjalan boleh melakukannya dengan slot kecil di depan.



Ia tidak akan menjejaskan atau menghentikan aktiviti basuhan sedia ada dan teknologi membasuh Samsung membenarkannya dibersihkan sama seperti basuhan awal tadi yang dinamakan Samsung AirWash.


Mesin basuh ini akan memghasilkan buih cucian 40 kali lebih efektif bagi cucian bersih dan ia juga tidak berbunyi kuat.


Selain itu, fungsi IoT turut dimuatkan dalam mesin basuh ini bermakna anda boleh menetapkan masa basuhan, memulakan basuhan dan sebagainya hanya dengan menyentuh aplikasi dalam telefon pintar.


Namun, FlexWash tidak akan dijual di Malaysia dalam masa terdekat dengan kemungkinan ia akan ditawarkan selepas Jun nanti


The post Basuh, Tak Payah Sidai dengan Samsung FlexWash appeared first on TheSkop.