Bapa Tetak Anak 8 Tahun Hingga Mati Kerana Mulut Celupar

  • Print
  • Email
Details

Published on Monday, 20 February 2017 14:35

Foto: wowberita.orFoto: wowberita.or

INDONESIA: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut dalam keadaan tragis selepas ditetak oleh bapa kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Mataram, Indonesia pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari itu, suspek, Ahmad Subhan, 48, bertindak menetak leher mangsa, Muhammad Albani, yang sedang tidur di ruang tamu mengakibatkan mangsa maut serta-merta.

Selepas menetak kanak-kanak malang itu, suspek memanggil isterinya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan bahawa anak mereka sedang menangis, sebelum wanita itu terkejut melihat anaknya dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk dibahagian leher.

Memetik laporan portal Indonesia, Jawapos.com, Ketua Pesuruhjaya Polis Cakranegara Haris Dinzah berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi dan menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah kesihatan mental, kata Haris.

Motif sebenar insiden tersebut masih disiasat. Namun, kata Haris, suspek mengakui menetak anaknya.

Katanya, suspek bertindak demikian kerana mendakwa berang dengan perangai anaknya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, termasuk terhadap isterinya.

Tambah portal tersebut, suspek mengakui menyesal dengan perbuatannya, bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh ‘bisikan iblis’.

“Dia seorang anak yang nakal. Sering mengata ibunya.Dia juga bercakkap kasar dan meninggikan suara, sehingga saya malu dengan jiran,” 

"Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil," kata suspek.

- mD