Bapa keji rakam rogol anak sendiri dipenjara 22 tahun setengah malah turut ajak 6 lelaki lain

Seorang lelaki yang berulang kali merogol anak perempuannya dan menyaksikan mangsa didera orang asing dipenjarakan 22 tahun setengah, memberitahu polis ‘keadaan menyeronokkan sepanjang ia berlaku.’


Bapa rogol anak sendiri dipenjara 22 tahun setengah


Bapa rogol anak sendiri dipenjara 22 tahun setengah

Bapa rogol anak sendiri dipenjara 22 tahun setengah


Lelaki berkenaan, yang tidak dinamakan bagi melindungi identiti gadis itu, mengaku salah terhadap 61 kesalahan antara 2013 dan 2015 ketika anak perempuannya berusia antara 11 dan 13 tahun.


Mahkamah Daerah Australia Barat di Perth mendengar bapa berusia 42 tahun itu juga mengatur supaya enam lelaki lain, yang ditemui menerusi internet, melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika beliau menyaksikan jenayah itu atau turut serta.


Pada satu ketika apabila bapanya dan seorang lelaki lagi merakamkan perbuatan keji mereka, mangsa ditunjukkan dirantai di katil, memakai rantai anjing dengan perkataan ‘jalang’ tertulis di atasnya, lapor akhbar West Australia.


Dalam rakaman itu, gadis berkenaan dilihat bergelut untuk melepaskan diri dan merayu ‘ayah, tolong hentikan,’ menurut laporan.


Rangkaian pedofilia dibongkar tahun lalu apabila pihak berkuasa menahan lelaki berusia antara 35 dan 47 tahun, selepas mendapat maklumat orang awam.


Mahkamah diberitahu selepas penangkapannya, lelaki berkenaan memberitahu beliau menyesal dengan apa yang dilakukannya.


“Saya mahu keluar daripada keadaan itu. Saya jujur mengatakan ia seronok ketika berlaku tetapi sudah melampaui batas,” katanya.


Dalam perintah hukuman, Hakim Mahkamah Daerah Philip Eaton, berkata ‘penderaan itu memberi akibat berpanjangan dan tidak boleh diperbaiki lagi’ kepada mangsa, yang tinggal bersama bapanya selepas ibu bapanya berpisah. – AGENSI


 


Sumber: BH Online