Banyak pembelian Hari Raya atas talian berlaku di tengah malam

Hari Raya adalah satu musim membeli-belah untuk rakyat Malaysia. Dengan kebangkitan pelbagai laman edagang atas talian, ia menjadikan membeli-belah lebih mudah. Hal ini dikongsi bersama oleh Lazada Malaysia, yang merupakan pusat membeli-belah atas talian terkemuka di Malaysia.


Lazada Malaysia berkongsi dapatan mereka tentang trend membeli-belah rakyat Malaysia di musim perayaan ini. Bertemakan ‘Tinjauan Riang Ria Raya’, data tinjauan ini mendedahkan pembeli atas talian dari kawasan luar bandar semakin meningkat.


Lazada turut menemui, trend carian di lamannya sendiri tidak jauh berbeza dari carian di Google. Carian terbanyak di Lazada, adalah berkenaan Baju Raya Moden. Malah, 90% pembeli atas talian berbelanja untuk pakaian raya. Langsir baru turut termasuk di dalam carian tertinggi di Lazada.


Banyak pembelian tengah malam di Lazada Malaysia


Lazada juga menemui, hampir 50% pembeli mula membeli-belah untuk Hari Raya, sekitar satu atau dua minggu sebelum Hari Raya tiba. Kebanyakan tempahan dibuat menggunakan peranti mudahalih, sekitar jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi.


Pada waktu puncak ini (12am-6am), tiga daripada empat pembeli terdiri dari Generasi Y, yang lahir sekiar tahun 1980-an sehingga 2000-an. Antara produk yang popular dibeli di waktu puncak ini adalah seperti mesin pengisar mudahalih, powerbank dan penimbang berat elektronik.


Untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Raya ini, Lazada Malaysia mengadakan Kempen Jualan Mega. Berlangsung dari 21-24 Jun 2016, ia menawarkan diskaun sehingga 92% untuk semua kategori. Lazada turut mengadakan kempen ‘Riang Ria Raya’, yang berlangsung dari 7 Jun hingga 11 Julai 2016. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Riang Ria Raya Lazada.


 


The post Banyak pembelian Hari Raya atas talian berlaku di tengah malam appeared first on TheSkop.