Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki : Syatilla Melvin Anggap Ia Hadiah Bermakna Buat Beliau Dan Suami

Sedang hamil enam bulan dan dijangkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Mei depan, pelakon Syatilla Melvin menganggap ia adalah hadiah paling bermakna dan istimewa buat beliau dan suami, Shaheizy Sam.



Bayi di dalam kandungan saya ini merupakan antara hadiah paling istimewa buat saya dan suami. Zuriat inilah tanda cinta kami dan pengikat kasih sayang antara saya dan Sam.


Saya dan Sam selalu berdoa, supaya sentiasa sihat dan kuat untuk menanti kehadiran orang baharu ini. Alhamdulillah, dia (bayi) sangat baik dan faham ibu serta bapanya sibuk dan dia sentiasa menemani saya.



Pada masa yang sama, Sam juga sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang penyayang dan bijak dalam menguruskan hal rumah tangga.


Syatilla seorang yang sangat penyayang dan tidak kekok menguruskan rumah tangga. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.


Pada masa yang sama juga dia tidak lupa dirinya sebagai isteri dan saya rasa sangat bertuah kerana dianugerahkan seorang isteri yang pandai uruskan rumah tangga.



Pasangan mana yang tidak bahagia dan merasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka. Harapnya segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar buat Syatilla.


Sumber Berita : Astro Gempak