Baju Celoreng Hazama: Primeworks Mohon Maaf Kepada ATM

Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS atau “Syarikat”) memohon maaf kepada Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) dan semua pihak yang tersinggung di atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang  mentor program tersebut.

PWS ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada 12 Febuari 2017 lalu tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara.

PWS juga ingin memohon maaf kerana kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.

Berikutan insiden ini, PWS telah memberi peringatan kepada semua krew produksi Syarikat termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang.