Baca buku Harry Potter terus dari Twitter

Buku pertama Harry Potter boleh dibaca di Twitter, bagaimana caranya?


Berikutan pergaduhan mulut antara personaliti TV Piers Morgan dan JK Rowling, peminat Rowling mempergunakan Twitter untuk mempertahankan penulis siri Harry Potter itu. Seorang pemilik kedai Big Green Bookshop yang menjaga akaun Twitter @Biggreenbooks, sanggup menaip satu demi satu ayat daripada buku Harry Potter and the Philosopher Stone untuk ditujukan kepada Morgan yang pernah menyatakan dia tidak pernah membaca satu pun buku Rowling yang terkenal itu.


Menurut Huffington Post, pemilik akaun Twitter yang sangat sukakan siri Harry Potter itu tak tahan dengan sikap Morgan yang dikatakan menyakitkan hati hingga sanggup berbuat demikian.



Hi. Just so you know, i’m not a computer program. It’s me typing stuff. Piers Morgan is a twat. JK Rowling is incredible. I shall continue.


— Big Green Bookshop (@Biggreenbooks) February 11, 2017



Namun pergaduhan Rowling dan Morgan mungkin boleh dielakkan jika Rowling tidak menggunakan akaun Twitternya (@jk_rowling) untuk berkata, betapa puasnya menonton Piers Morgan dimalukan dalam sebuah siaran langsung. Takkanlah nak salahkan Morgan bila dia balas, ‘Inilah sebabnya saya tak pernah baca walau sepatah pun perkataan dalam Harry Potter.’


Nak tahu apa Rowling balas: ‘Sebab anda pernah dapat firasat yang satu hari nanti penulisnya akan gelak besar bila penipuan anda diketahui umum melalui siaran langsung?’



Because you had a premonition that one day the author would roar with laughter at seeing you called out for your bullshit on live TV? https://t.co/8rkKSqJTnG


— J.K. Rowling (@jk_rowling) February 11, 2017



Hadamkan bahagian itu dulu. Berbalik pada Big Green Bookshop yang masih menaip tweet, dikatakan buku pertama siri Harry Potter itu akan menggunakan lebih kurang 32,567 tweet untuk dihabiskan. Mungkin lebih, kerana sekali-sekala penaip itu akan berjeda dengan tweet yang menyakitkan hati Morgan, contohnya, ‘Bagus tak (bukunya) Piers? Nak lagi (sambungan cerita) sebelum tidur?’ dan ‘OK Piers, masa untuk tidur. Jangan, berhentilah, dah lewat ni. Dah ke tandas? Bagus. OK Kita sambung baca esok malam.’


Akaun @Biggreenbooks yang sedang mengumpul ramai pengikut kini mengeluarkan lebih kurang 50 tweet daripada buku Harry Potter setiap hari. Dijangkakan ia akan habis dalam masa 18 bulan.


[SUMBER: Huffington Post]

The post Baca buku Harry Potter terus dari Twitter appeared first on TheSkop.