Azuan Mazlan, Apa Kes Rumah Tangga You?

Kakigosip menerima kiriman Whatsapp dari peminat Azuan Mazlan yang bertanyakan mengenai kes rumah tangga pelakon tersebut.

Hal ini kerana dipercayai Facebook milik isterinya iaitu Tengku Puteri Shadira telah memuat naik status yang berbunyi;

'Dia tunggu masa orang buat dia kena lokap je ni.  Sapa agaknya nak volunteer eh.  Hah manusia-manusia yang cari aku sebab dia hutang korang tu, buat je la report polis ajar sikit, asal cari aku pulak kan? #azuanmazlan #juan #publicfigure #publicfigurewaklu'

Turut disertakan di FB tersebut perbualan antara mereka berdua yang mengundang pertanyaan netizen.

Jadi Azuan Mazlan, apa kes ni?

Kakigosip akan mendapatkan kenyataan dari Azuan secepat mungkin.