Azmin 'Anak Angkat' Mahathir Setia Kepada Anwar


  • Print

  • Email

Details

Published on Friday, 24 June 2016 10:54








KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak bekas Perdana Menteri itu masih memegang jawatan dalam pentadbiran negara.


Menjawab tanggapan bahawa beliau merupakan anak angkat Dr Mahathir, Azmin berkata beliau menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diatas saranan Dr Mahathir.


Walaubagaimanapun Azmin menegaskan kesetiaannya adalah terhadap Anwar sejak Anwar dipecat dari barisan menteri kabinet pada 1998.


“Malah, dalam tempoh 17 tahun saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir sehinggalah raya tahun lalu, Mahathir melalui orang tengah menyuarakan hasrat untuk berjumpa saya.


“Saya jumpa Mahathir bersendirian selepas mendapat persetujuan Anwar,” katanya lapor akhbar Oriental Daily.


Katanya, eliau terpaksa membuat pilihan antara pemimpin nombor satu dan dua negara, selepas Anwar disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998.


“Mereka berdua amat berpengaruh tetapi saya pilih kewajaran.


“Jika saya tinggalkan Anwar demi jawatan, ia amat kejam buat saya dan Anwar. Saya putuskan untuk tidak bersama Mahathir dan melindungi Anwar kerana saya tahu beliau orang yang baik dan bersih,” ujarnya.


- Malaysian Digest