#1
Atletico beri tiket UCL buat kelab Perancis

LYON: Kemenangan 3-0 Atletico Madrid mengatasi Marseille pada final Liga Europa awal pagi tadi memang sesuatu yang menyakitkan buat lawannya, namun ia juga memberi berita baik kepada kelab dari Perancis untuk ke Liga Juara-Juara, musim depan.

-

Pemenang Liga Europa akan diberikan kelayakan secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

-

Bagaimanapun, dengan kelab Sepanyol sudah memastikan kelayakan mereka dengan kedudukan dalam carta La Liga, kedudukan itu sekarang akan diberikan kepada pasukan tangga ketiga Ligue 1, Perancis.

--

Kedudukan itu kini diduduki Lyon, namun Marseille hanya satu mata di belakang mereka dan Monaco masih boleh tergelincir dari tangga kedua kerana perlawanan terakhir liga di Perancis akan berlangsung Ahad ini.

-

Ketika ini, PSG sudah mengesahkan kejuaraan multak liga dengan meraih 92 mata daripada 37 perlawanan diikuti Monaco di tangga kedua (77 mata); Lyon (75 mata) serta Marseille (74 mata).

-

Sebelum ini, pasukan di tangga ketiga liga utama Perancis akan melalui pusingan kelayakan ketiga dan kemudian playoff untuk mara ke peringkat kumpulan.

-

Untuk musim depan, empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (England), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali) dan Bundesliga (Jerman) semuanya mendapat tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.


Norlida Ishak Shop
Comments