Atlet Paralimpik hidup serba daif

Kuala Lumpur: Berkeluasan sembilan meter persegi dan hanya berdindingkan papan lapis. Itu saja termampu dibiayai oleh dua pasangan suami isteri ini dalam menyediakan tempat berteduh bagi anak keduanya yang berusia satu bulan.
Siti Fatimah Md Nor, 25, yang kudung kedua-dua belah kaki sejak dilahirkan, tinggal bersama suaminya, Mohd Nazri Izwani, 23 dan anak keduanya, Evelyn Felisha Elvina Mohd Nazri, berusia satu bulan, di Seksyen U5, Subang Bestari, di sini.