ASUS Zenfone 3 lebih mampumilik digelar Pegasus

ASUS baru sahaja memperkenalkan telefon pintar Zenfone serba baru, di pameran Computex 2016 di Taiwan bulan lepas. Ia diumumkan di samping beberapa produk baru ASUS yang lain seperti laptop Transformer 3 Pro, Zenbook 3 serta robot Zenbo.


Telefon pintar Zenfone 3 yang diperkenal ini, dilihat memasuki kelas pertengahan ke kelas utama. Kelihatan, ASUS ingin meletakkan Zenfone di kelas lebih atas, tidak lagi berlegar di kelas permulaan.


ASUS Zenfone 3 Pegasus dilancar di China - emas depan belakang


Tetapi baru-baru ini, ASUS memperkenalkan satu lagi varian Zenfone 3 yang dinamakan, Zenfone 3 Pegasus. Ia masih mengekalkan badan besi seperti Zenfone 3 Deluxe dan Ultra, tetapi dengan skrin sedikit kecil, berukuran 5.2-inci dengan resolusi HD.


Kuasa dalaman Zenfone 3 Pegasus agak berbeza, kerana ia menggunakan CPU Mediatek MT6737 4-teras, bersama pilihan 2GB RAM & 16GB storan, atau 3GB RAM dan 32GB storan. Berita baiknya, ia masih ada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.


Kameranya dilengkapi sensor 13MP f/2.2 di belakang, bersama sensor 5MP f/2.0 di depan. Tetapi baterinya lebih besar, berkapasiti 4,100mAh. Ia turut dilengkapi pengimbas capjari di belakang.


Pelancaran ASUS Zenfone 3 Pegasus di China - atas meja


ASUS menyatakan Zenfone 3 Pegasus dilengkapi dua slot kad sim, yang menyokong rangkaian 4G LTE serta teknologi panggilan VoLTE. Antaramukanya pula diuruskan oleh ZenUI 3.0, berasaskan Android 6.0 Marshmallow.


Telefon pintar ASUS Zenfone 3 Pegasus ini akan dijual di China pada harga RMB1,300 (~RM808) untuk varian 2GB RAM, manakala varian 3GB RAM pula berharga RMB1,500 (~RM932). Dari harga ini, ia bukanlah semurah seperti yang diharapkan. Kerana dengan menambah sedikit duit, sudah boleh mendapatkan Zenfone 3 biasa.


[SUMBER: 1, 2]

The post ASUS Zenfone 3 lebih mampumilik digelar Pegasus appeared first on TheSkop.