#1
Aqeef Anaqi Ketawa Dengar Lawak Mummy ????

--

Tonton video penuh dibawah

--

Aqeef Anaqi buat Amyramar Jr

-

PASANGAN pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli menunaikan janji berkongsi nama anak mereka, Aqeef Anaqi, di laman sosial, malam tadi.

-

Ia dilakukan serentak dengan tayangan program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar di Astro Ria.

-

Amyra terlebih dahulu memohon maaf kepada semua peminat kerana dia dan suami bukan sengaja tidak mahu mendedahkan kepada umum namun terikat dengan kontrak.

-

-Saya dan suami berbesar hati mahu berkongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran. Kami tak mahu melanggar kontrak.

-

-Tidak dinafikan hampir setiap hari peminat bertanya nama dan teringin melihat wajah anak.

-

-Bagaimanapun, saya dan suami mengambil keputusan memuat naik gambar anak tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat,- katanya kepada Harian Metro.

-

Kata Amyra, wajah anak mereka bakal dikongsi kepada umum selepas episod ketiga program itu.

-

-Program ini memaparkan episod ketika saya mengandung, -baby shower-, bersalin, proses anak membesar, majlis cukur jambul dan banyak lagi,- katanya.

-

Amyra yang melahirkan Aqeef Anaki pada 15 Oktober lalu, merancang untuk kembali aktif berlakon awal tahun depan.

-

Katanya, buat masa sekarang biarlah dia memberi fokus kepada anak.

-

-Amar juga juga melakukan perkara sama dengan tidak mengambil tawaran sepanjang dua bulan ini.

-

-Sebagai ibu baru, masih banyak perkara perlu dipelajari. Kami juga tidak menggunakan khidmat pembantu, segalanya kami buat sendiri,- katanya.

---

Post Views: 0


Norlida Ishak Shop
Comments