#1
Aplikasi, Laman Web AirAsia Sedia Musim Undi

AirAsia bersedia membuka aplikasi dan laman onlinenya dengan lebih baik sepanjang tawaran balik kampung mengundi yang kini dibuka.

-

Syarikat penerbangan tersebut menawarkan tambang tetap untuk semua laluan domestik pada 8-10 Mei 2018 bagi menyokong usaha rakyat Malaysia untuk pulang mengundi di negeri masing-masing.

-

Tambang sehala ditetapkan kepada RM99 untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia dan RM129 untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak serta RM199 untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah, untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

-

Tetamu yang akan membuat perjalanan dalam tempoh pengundian dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka.

-

Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari sebelum waktu pelepasan dan sehingga 1 jam sebelum.

-

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk.

-

Tambang termasuk semua untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan caj namun ertakluk kepada terma dan syarat.

-

Senarai harga seperti berikut:

-

-

 

-

-

Aplikasi, Laman Web AirAsia Sedia Musim Undi TheSkop.


Norlida Ishak Shop
Comments