Annuar: Muhyiddin, Mukhriz Memang Berharap Dipecat

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua ahli dan penyokong parti itu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memang berharap supaya mereka dipecat daripada UMNO.


Kata beliau, kedua-duanya mengharapkan supaya dipecat dengan melakukan pelbagai perkara yang melanggar disiplin parti sejak setahun lalu termasuk bersengkongkol dengan pembangkang.


Bagaimanapun, kata Annuar, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap bersabar dengan kerenah mereka selama ini.


Sehubungan itu, beliau menerangkan sikap duri dalam daging kedua-dua mereka sehingga menyebabkan dipecat daripada UMNO.


Berikut kenyataan penuh Ketua Penerangan UMNO mengenai pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz:


PEMECATAN TSMY DAN MM OLEH MT UMNO PADA 24/6/16



Pada 9 November tahun lalu, kira-kira jam 9.30 malam bertempat di PWTC, dalam satu mesyuarat yang DIHADIRI SENDIRI OLEH TSMY DAN DSSA (Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal), saya telah menyebut secara terbuka kepada TSMY bahawa JIKA DIIKUTKAN CADANGAN BEBERAPA AHLI MT beliau sepatutnya sudah dipecat beberapa bulan sebelumnya.


Namun itu tidak terjadi kerana ramai kawan-kawan dalam MT TERMASUK SAYA yang masih bersimpati dan mempertahankan beliau dari dipecat WALAUPUN KESALAHAN BELIAU AMAT JELAS DAN TIADA SEBARANG KERAGUAN MENGENAINYA.


Namun begitu PRESIDEN UMNO DSN (Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) sendiri memilih untuk tidak melakukannya.


Tiga hari kemudian PERHIMPUNAN AGUNG UMNO dengan jelas memberi isyarat agar mereka kembali ke Pangkal Jalan dan utamakan SOLIDARITI PARTI bersama pucuk pimpinan.


DSN pula sewaktu menggulung perbahasan MEMILIH UNTUK BERJIWA BESAR dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan dalam parti.


Walaupun begitu segalanya bukan saja disambut dingin oleh TSMY DAN MM (Datuk Mukhriz Mahathir) malah mereka terus dan berulang kali MELANGGARI DISIPLIN PARTI


Berikutan dengan itu berkali-kali juga syor dibawa oleh Ahli MT supaya mereka di pecat, namun DSN tetap sabar dan enggan mengambil sebarang tindakan..


Parti khususnya BN kemudiannya berdepan dengan PRN Sarawak…namun mereka terus BERSEKONGKOL dengan pembangkang dan meneruskan tindakan yang melanggari semangat solidariti parti.


AKHIRNYA UMNO sendiri terpaksa menghadapi PRK DI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR….satu pilihan raya yang sangat penting buat parti. Namun sikap mereka tidak berubah malah semakin ghairah.


Dalam apa yang cuba disifatkan sebagai REFERENDUM RAKYAT oleh mereka yang terbabit menentang pucuk pimpinan parti mereka BERKEMPEN BERSAMA PEMBANGKANG secara terang dan secara senyap dan mereka mahu melihat UMNO tewas!!!


Namun usaha mereka terus gagal dan REFERANDUM RAKYAT telah memberi VERDICTNYA pada 18/6/16 di mana rakyat memberikan kemenangan berganda dengan majoriti yang berkali-kali lebih besar kepada UMNO dan BN..The Rakyat have spoken


Selesai PRK seperti diduga ISU PERLANGGARAN DISIPLIN sudah tentu sekali lagi berbangkit.


Jawatan Kuasa DISIPLIN mengemukakan penemuannya terhadap kes PERLANGGARAN disiplin yang membabitkan TSMY dan MM dan mendapati ada kes PRIMA FACIE terhadap mereka, tapi menyerahkan kepada MT untuk membuat keputusan.


Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) pemecatan atau halangan biasanya dibuat SECARA “SWIFT” dan “RUTHLESS” seperti dikenakan pada KU LI (Tg Razaleigh Hamzah), TUN MUSA (Tun Musa Hitam), DATUK HARUN (Datuk Harun Idris) dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).


Namun DSN mengambil masa hampir setahun untuk bertindak memecat mereka yang jelas menderhaka kepada UMNO.


Itu pun setelah diasak oleh Ahli MT bertubi-tubi, beliau masih bertanya kepada majlis: “Adakah ini unanimous decision of MT….Ada sesiapa yg tak setuju…atau ada lain-lain pandangan?”


Akhirnya MT MEMBUAT KEPUTUSANNYA SECARA SEBULAT SUARA.


Pemecatan ini pastinya SUDAH LAMA DIHARAP DAN DINANTIKAN OLEH MEREKA TERBABIT.


Malah TM terlebih dahulu “MEMECAT DIRI SENDIRI” dari UMNO, maka anaknya, dan proksinya sudah tentu sengaja, dan mahu perkara yang sama atas diri mereka sendiri.


Buktinya mereka terus menerus melanggar DISIPLIN parti.


Ingatlah…TIADA SIAPA YANG SEHARUSNYA LEBIH BESAR DARI PARTI..not even TM. YANG PASTI TIADA SIAPA YANG INDISPENSIBLE DALAM PARTI..dan ….BAGI SETIAP TINDAKAN ITU PASTI ADA HARGA YANG WAJIB DIBAYAR DAN PERBUATAN MENDERHAKA KEPADA PERJUANGAN PARTI DAN SUARA MAJORITI apa lagi percubaan mengguling ketua Parti dan Kerajaan yang telah dipilih melalui proses demokrasi dan pilihan raya WAJIB DIBAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL…,


Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Sabtu 25 Jun 2016